Tak sempat untuk membuat housekeeping blog ini. Rasanya ada beberapa penulisanku yang perlu dipindahkan ke blog yang satu lagi...aku tak seharusnya menyimpan kenangan pahit, tapi apakan daya kenangan itu yang pernah aku lalui, kenangan itu yang menjadikan aku begini...kenangan yang hampir-hampir memecahbelahkan kebahagiaan rumahtangga kami. Sebenarnya sudah retak menanti belah, tetapi aku tidak sampai hati melihat keluargaku hancur dek kerana sikap suamiku yang aku sangat hormati dan sayangi selama ini. Aku manusia biasa, sedangkan nabi ampunkan umat, siapalah aku untuk menghukum suamiku terus-terusan. Aku akan cuba membina hidup baru, membina kepercayaan yang telah dikhianati, menerima suamiku, baik dan buruknya..Apa daya aku hanya seorang wanita biasa. Untung bukan aku yang melakukan perkara ini. Kalau aku yang curang, tidak pasti sama ada suamiku akan dapat menerima diriku lagi..sudah pasti hidupku dirantai dosa yang tidak berpenghujungnya...sudah pasti hidupku hanya akan penuh dengan kepura-puraan, sangat takut mengingatkan semua ini...
Aku harap suatu masa nanti dapat aku kongsikan dengan anak2ku tentang ujian yang aku lalui ini yang mungkin berlaku dalam hidup mereka. Ya roda itu berputar, aku sangat berharap biarpun roda hidup manusia berputar, janganlah hendaknya apa yang pernah berlaku dalam perkahwinanku akan terjadi pada anak2ku.
No comments:
Post a Comment