January 13, 2012

Hidup ini suatu pelayaran yang panjang

Tentulah dalam pelayaran yang menempuh lautan yang luas kita akan bertemu dengan ombak yang menggulung, badai yang mengganas, angin yang bertiup kencang sehingga sesekali mengubah haluan, yang kadang2 bertukar menjadi ribut taufan yang menggila, hujan yang gerimis, hujan yang lebat, awan yang hitam..dan pelbagai yang menakutkan. Semua ini adalah ujian untuk sampai ke destinasi pelayaran. Dalam pelayaran yang panjang ada juga harinya kita akan menemui hari yang tenang, awan berarak perlahan, langit biru persis lautan di dasar kapal yang belayar, udara segar nyaman, rezeki melimpah dari perut lautan. Pelayar itu adalah kita. Belayarlah dengan tabah, perlu ada kekuatan mental dan fizikal, perlu ada ilmu untuk berhadapan dengan ombak dan badai, gelora ganas sang lautan, segala kemungkinan yang menerjah. Perlu pastikan kapal kukuh teguh. Perlu berpaut pada sang pencipta yang sentiasa melihat, mendengar, memandu dan melindungi pelayaran kita. Bertawakkallah kepadaNya..

This message is for my dear husband.

No comments:

Post a Comment