January 12, 2012
Tenanglah hati
Tak tahulah mengapa hatiku ini agak tidak gembira beberapa hari ini. Entah apa sebenarnya yang sedang bermain dalam fikiran. Mungkin fikiran ini sedang mencongak-congak bagaimana hendak mencukupkan keperluanku untuk ke sana. Emmm, insyaAllah tiba masanya nanti cukuplah. Ujian untuk abang tidak seharusnya mengganggu fikiranku mengenai keperluan hidup kami. InsyaAllah apa yang ada sekarang ini cukup untuk kami. Cukup...cukup...cukup. Yang penting adalah untuk terus beristiqamah kepada Allah dan menyerahkan urusan masa depan kepadaNya. Dia maha mengetahui, dia yang merancang setiap kehidupan hambaNya..kita sebagai hamba perlu berusaha, berdoa dan bertawakkal kepadanya atas apa yang kita lalui dan perolehi. Aku bersyukur, setiap ujian yang Allah berikan kepadaku, setakat ini dapat aku lalui walaupun laluannya begitu sukar. Aku bersyukur, dengan ujian yang silih berganti inilah aku menjadi begitu dekat denganNya. Tidak dapat aku bayangkan jika aku diberi kehidupan yang mewah, kebahagiaan yang berterusan, kesihatan yang kekal...mungkin aku akan jauh dariNya, mungkin aku akan takbur, merasakan diri ini sempurna, mungkin aku tidak mendekatkan diriku kepadaNya. Itulah sebabnya aku perlu bersyukur, menerima qada & qadar Allah dengan tabah dan redha, kerana Allah telah menciptakan kisah hidup yang unik buat diriku...dan aku harus bersedia melaluinya. Semoga Allah terus memberi aku kekuatan dan ketabahan, serta membimbing aku ke jalan yang diredhainya...Amin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment