January 17, 2012

Macam-macam kisah

Dah seminggu tidak menulis. Banyak yang belaku di keliling tidak sempat untuk aku rakamkan. Kesibukan di tempat kerja, menguruskan anak2, mendengar kisah/masalah orang memenuhi ruang waktu, sehingga tidak sempat hendak memberi ruang kepada diri sendiri.

Hujung minggu lalu, dapat perkhabaran Datuk H telah kembali ke rahmatullah akibat kanser hati. Al-fatihah. Teringat jasanya mengirimkan kelapa gading dari Melaka ketika suamiku sedang menerima rawatan kanser hidungnya....Sudah ditentukan perjalanan hidup manusia..Ajal maut ditangan Allah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohNya dan meletakkan arwah di kalangan hambaNya yang diampunkan dosa-dosa.

Dengar cerita isteri kedua tidak dibenar melihat jenazah, tapi atas keizinan Allah, dapat juga dia mengucup arwah suaminya sebelum dikafankan dengan sempurna. Itulah nasib menjadi isteri kedua. Tidak boleh juga disalah isteri pertama...masing-masing punya perasaan. Cuma berharap, biarlah segalanya berkesudahan dengan baik, suami pun sudah tiada lagi.

Semalam aku dan bos berjumpa dengan salah seorang staf bermasalah. Mendengar kisahnya menjadikan aku insaf...bukan semua orang yang bermasalah itu berpunca dari sikap negatif, ada yang menjadi sedemikian akibat desakan hidup, masalah keluarga...namun berapa kerat yang mahu mendengar kalaupun tidak dapat menghulurkan bantuan. Entahlah, aku akan cuba membantu mana boleh, moga-moga Allah melapangkan kehidupan staf tersebut dan memudahkan segala urusannya...

Cerita tentang SBPA pun masih tak lega....memang ada hasrat untuk menulis kepada JPA. Entah sempat entah tidak...

No comments:

Post a Comment