January 17, 2012

Mesyuarat BPK

Baru selesai mengadakan mesyuarat dengan staf BPK...kesian staf, sepatutnya meeting diadakan di Tingkat 4, tapi dek kerana mesyuarat TNC dengan BSM yang belum selesai mereka terpaksa berpindah ke pejabat. Susun kerusi macam dalam kelas dan mesyuarat pun bermula.

Sudah 4 tahun aku mengetuai Bahagian Pentadbiran & Kewangan,Jabatan Pendaftar. Seramai 31 orang staf dibawah seliaanku..sungguh seronok bekerja di BPK, ibarat sebuah keluarga besar. Kadang kala aku merasakan seolah-olah mereka ini anak2ku...yang tua yang muda, macam-macam kerenah. They're great!

Baru-baru ini berlaku pertukaran pegawai, aku sebetulnya tidak kisah kalau ditukarkan kerana aku tidak mahu berada di satu-satu tempat dalam tempoh waktu yang lama...Aku mahu membawa perubahan walau di mana juga aku ditempatkan. Aku mahu mewujudkan suasana kerja yang menggembirakan biar orang luar tidak pernah mahu mengerti. Aku mahu kehadiranku dihargai dan disenangi. Kalau lama-lama sangat, bimbang sudah tepu otak untuk membuat pembaharuan dan penambah baikan ke atas proses dan sistem di BPK. Aku amat berterima kasih kerana mempunyai pegawai-pegawai yang 'terbaek'...membantu aku dalam memastikan semua urusan BPK berjalan dengan lancar. Aku juga punya staf sokongan yang ceria, kerja berpasukan, rajin dan dapat menerima sesama sendiri sebagai sebuah keluarga. Seronok. Memang Seronok. Kalau aku ditakdirkan bertukar, yang aku pasti rindui ialah keakraban kami. Kami ibarat satu keluarga. Tidak susah untuk aku meminta tolong, tidak susah bagi aku untuk memberi teguran dan tunjuk ajar kepada mereka. Tidak susah juga untuk mereka memberi pendapat, menyuarakan pandangan dan menegur aku jika aku melakukan kesilapan kerana kami mengamalkan konsep 'openness'. Time kerja kita kerja, time bermain kita bermain. Itu sahaja sempadannya... Akhir Disember 2011, Kak Aishah bersara...terasa sunyi juga selepas pemergiannya. Aku tidak sempat mengucapkan selamat tinggal kepadanya pada Majlis Perpisahan yang diadakan kerana aku bercuti, dan Isnin minggu depannya dia sudah mula bersara. Semoga Kak Aishah gembira dengan episod baru dalam kehidupan.

Dalam mesyuarat tadi aku ingatkan semua tentang disiplin, KPI, latihan, dan penubuhan kelab BPK...semoga hubungan kita akan terus erat, dan kita semua dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik serta memelihara integriti agar apa yang kita bawa balik akan menjadi makanan yang halal untuk keluarga kita. Amin

No comments:

Post a Comment