Kes liwat, khalwat, tangkap basah, zina tidak perlu naik ke mahkamah. Buang masa. Siapa yang nak mengaku diri membuat perkara2 terlarang yang sedap lagi mengasyikkan bila tiada orang lain tahu....tapi haram nak mengaku kalau tembelang pecah dan cerita itu menjadi sensasi. Bertahun-tahun cerita liwat Anwar menjadi tarikan kawan dan lawan politiknya, tapi hari ini mahkamah memutuskan ia tidak bersalah. Ye kalau dia didapati bersalah pun, apa yang boleh mengubah kesetiaan isteri, anak2 dn pengikut taksubnya kepada idola mereka ini. Aku sudah penat untuk mempercayai permainan politik mereka yg so call pemimpin ini. Aku tidak pasti apa yg akan terjadi selepas ini. Tapi pada usia 64 aku rasa tidak perlulah mengulang lagi keputusan mahkamah ini ke pelosok negeri. Sudah ada keputusannya. Sudah boleh menarik nafas kelegaan. Buatlah sujud syukur banyak2 kerana terselamat dari penghinaan di dunia ini. Buatlah lebih ibadat untuk bekalan ke akhirat.
Buat Saiful, kalau awak di pihak yang benar, tinggalkan kehidupan silam yang penuh keaiban. Awak masih muda, bertaubatlah, kembali ke jalan Allah, insyaAllah hidup akan kembali tenang. Tak perlu nak tarik Anwar ke muka pengadilan. Awak sudah tahu keputusan mahkamah. Cukup-cukuplah. Tak perlu menang di sini. Kemenangan di dunia tidak akan menjanjikan kemenangan di akhirat. Namun kalau sedari awal awak telah berbohong, ingatlah perjalanan hidup awak masih panjang. Balasan atas fitnah akan bersilih ganti sehingga awak mati. Hidup pastinya tidakkan selamat. Jiwa pasti tidak akan tenang.
Saya tidak pasti siapa yg betul dn siapa yg salah, yg pasti kes spt ini xperlu dibawa ke mahkamah in the first place. Jijik dn memalukan. Selagi yg menipu tidak bertaubat dan memohon keampunan yang maha Esa, saya yakin what goes around, comes around. Tak berlaku kt diri sendiri mungkin akan berlaku pada anak, adik beradik, cucu, saudara mara sendiri. Yakin satu hari nanti kebenaran akan timbul juga.
No comments:
Post a Comment