January 11, 2012

Banyaknya dosaku

Tuhanku
Setiap hari aku memohon agar kau ampunkan dosaku
Aku memohon agar kau beri aku petunjuk dan memimpin aku ke arah yang diredhaimu.
AKu memohon agar kau beri aku ketenangan, kekuatan dan ketabahan dalam melalui ujian yang terhampar untukku..

Namun setiap hari, aku masih lagi berbuat dosa...
Aku menyakitkan hati orang dengan kata-kata dan perbuatanku
Aku lupa untuk meminta maaf, aku lupa untuk berterima kasih, dan aku lupa untuk menghargai..
Secara tersurat ataupun tersirat
Sama ada aku sengaja ataupun tidak
Banyaknya dosaku Ya Allah

Aku mahu menjadi hambaMu yang baik
Aku mahu menjadi hambaMu yang pemaaf
Aku mahu menjadi hambaMu yang penyabar
Aku mahu menjadi hambaMu yang redha
Aku mahu menjadi hambaMu yang bersyukur

Sukar ya Allah... Sukar rasanya untuk mencapai harapan ini
Sukar kerana jiwa ini sentiasa diusik dengan gangguan dan bisikan
Sukar kerana jiwa ini belum betul-betul redha menerima qadha dan qadarmu
Sukar kerana jiwa ini masih diseliputi perkara-perkara yang kotor dan merosakkan
Sukar kerana jiwa ini belum disulami dengan zikir kepadaMu
Maafkan aku Ya Allah

Aku mohon kepadaMu Ya Rabbi
Tunjukkanlah aku jalan yang benar, jalan yang engkau redhai
Dekatkanlah aku kepadamu, agar diri dan hatiku sentiasa mengingati dan menyebut namamu
Jadikanlah aku hambaMu yang baik
Jadikanlah aku hambaMu yang pemaaf
Jadikanlah aku hambaMu yang penyabar
Jadikanlah aku hambaMu yang redha
Jadikanlah aku hambaMu yang bersyukur
Jadikanlah aku hambaMu yang penyayang

Aku memohon keampunanMu Ya Allah
Temulah aku akan apa yang aku cari

Amin

No comments:

Post a Comment