February 2, 2012

Apa lagi yang aku cari

Apa lagi yang aku cari...
hendakkan kehidupan yang senang
Itu telah Allah berikan
Biarpun bermula dengan sukar
Kini semuanya sudah dipermudahkan

Apa lagi yang aku cari
Keluargaku sempurna seperti yang aku harapkan
suamiku begitu baik dan penyayang
anak-anakku berbudi bahasa dan membahagiakan

Apa lagi yang aku cari
Keluargaku begitu mengambil berat
Teman-temanku begitu rapat
Susah senang dapat aku kongsikan
Itulah keluarga dan sahabat

Ya benar, semuanya aku sudah peroleh
Tiada apa lagi yang perlu kucari
Teruskan dengan apa yang ada
Kerna pencarian tidak akan pernah berakhir
Kerna manusia tidakkan pernah puas
Tidak pernah bersyukur dengan apa yang telah ada

Apa lagi yang aku cari...
Aku mencari keredhaan dalam kekalutan mengurus diri
Aku mencari amalan untuk aku bawa berjumpa Ilahi
Aku masih mencari sesuatu untuk mengisi kekosongan rohani
Aku masih mencari sesuatu yang
Hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui

No comments:

Post a Comment