February 24, 2012

Semoga abang sembuh dari penyakit kanser

Astaghfirullahal a'zim 3x...

Berita yang abang sampaikan kepadaku siang tadi benar2 mengganggu emosiku. Semenjak abang selesai rawatan kimo dan radioterapi pada akhir Disember 2011, abang telah menampakkan banyak perubahan positif. Cuma tidak boleh makan yang keras2 dan pedas lantaran lapisan kulit dalam telah nipis akibat kesan radioterapi.

2 minggu lalu waktu menemankan abang ke ENT, Dr. Amir memang ada memaklumkan kanser abang telah mengecut. Tiada pantang dlm pemakanan cuma elakkan dari rokok dan alkohol. Kata Dr. Amir, pemantauan amat penting krn ia boleh membesar semula. Minggu lalu abang ke klinik onko untuk rawatan susulan. Aku tidak menemani abang. Sebelah petangnya, aku menerima panggilan telefon dari klinik onko yg meminta abang berjumpa pakar pada pagi ini. Sekali lagi aku tidak sempat menemani abang. Maafkan zie.

Kata abang, doktor sarankan dia menjalani rawatan kimo susulan sebanyak 3 kali lagi. Kali ini abang perlu tinggal di hospital selama 5 hari. Ubat Kimo yang lebih kuat akan diberikan selama 24 jam. Selepas 5 hari abang boleh pulang dan datang semula selepas 21 hari. Ya Allah, apakah suamiku akan melalui saat2 sukar yg pernah dilaluinya beberapa bulan yg lalu. Adakah kesan ubat kelak akan menjejaskan kesihatannya. Ya Allah, ampunkanlah dosa suamiku, sesungguhnya engkaulah pengampun dosa-dosa besar. Ya Allah, sebagai isteri, aku telah lama memaafkan suamiku, dan sentiasa memaafkan suamiku. Tolongglah kami Ya Allah, dengarlah rintihan hatiku ini. Dia suami yang baik Ya Allah, dia anak yang baik, dia bapa yang baik...kasihankanlah dia Ya Allah. Sembuhkanlah penyakit kansernya seluruhnya, jgn kau biar walau satu sel kanser pun hidup di atas tubuhnya Ya Allah. Ya Allah, kami sangat menyayangi dia...selamatkanlah dan permudahkanlah wahai tuhan yang menyembuhkan segala penyakit dengan kehendakNya. Terimalah doaku Allah.

No comments:

Post a Comment