Sedih dan geram melihat foto-foto keganasan yang tercetus di perhimpunan haram Bersih 3.0 yang terpampang di dada akhbar. Memalukan! Adakah mereka ini khususnya pakcik makcik, abang kakak yang sudah separuh abad, yang tidak tanggal ketayap dan akur menutup aurat, serta anak2 muda yang seharusnya masih belajar di sekolah atau pendidikan tertiary, benar-benar faham apa yang sedang mereka perjuangkan? Gelombang apakah yang sedang membadai ini? Adakah semalam negaraku kucar kacir, adakah selama aku lahir di bumi ini emakku yang bekerja seorang diri tidak mampu memberi aku makan makanan halal yang mencukupi, adakah pemimpin2 negaraku begitu rakus sehingga hampir keseluruhan rakyatnya dilanda kemiskinan... Bukankah aku masih menghirup udara keamanan yang sama semenjak aku dilahirkan? Siapakah gerangannya yang tiba-tiba merasa letih dengan keamanan ini lalu menggoncang alam agar merosakkan keamanan negaraku ini? Kurang ajar!
Aku sangat marah pada bangsaku yang begitu yakin dan penuh keimanan mengabdikan diri menyertai perhimpunan yang tidak membawa faedah ini! Adakah mereka tahu ramai yang mencaci tindakan mereka, bukankah hidup dalam kehinaan jika kita dibenci???.... adakah mereka tahu ada juga yang ketawa terbahak-bahak melihat kebodohan mereka mengikut telunjuk mereka yang 'bijak2'!
Bangsa lain sibuk mencari peluang untuk mendapatkan hak kesamarataan di bumi Malaysia yang aman dan damai ini supaya satu hari nanti bangsa mereka boleh menjadi Perdana Menteri, tetapi bangsaku sibuk mempercayai dakyah untuk menjahanamkan bangsanya sendiri. Bangsa lain sibuk mengejar ilmu untuk meningkatkan bilangan profesional dari kalangan bangsa mereka, tetapi anak2 bangsaku sibuk belajar berhujah kosong, mendabik dada seakan dialah yang paling berkaliber, memenuhi jalanan lagak pendita yang menunjukkan jalan yang benar. Yang menyakitkan mata orang-orang tua tidak sedar diri masih bertenaga menari dan memaki-maki... yang muda semakin bersemangat berpencak silat sehingga lupa diri....
Entah mereka sedar, bila bumi bertuah ini menjadi milik orang lain: yang akan memegang jawatan di syarikat2 besar adalah profesional dari bangsa lain, yang memegang tampuk pemerintahan hanya beberapa kerat melayu yang hanya pandai berhujah, sedangkan dibalik bayangan mereka adalah bangsa-bangsa lain yang semakin berani mencorakkan hala tuju negara ini...Mungkin itu yang mereka mahu.
No comments:
Post a Comment