Hari ini abang masuk semula ke PPUM untuk rawatan kimo 2nd cycle... kalau tidak ada aral, Sabtu nanti abang akan keluar, rehat di rumah dan selepas 2-3 minggu di rumah, abang akan masuk semula ke PPUM bagi menjalani rawatan kimo 3rd cycle... Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Sebenarnya aku amat merindui kehidupan lalu...kehidupan sebelum abang diuji...kehidupan yang penuh dengan kasih sayang, keseronokan... InsyaAllah saat itu pasti akan kembali semula, aku hanya perlu bersabar dan berada di sisi abang dalam melalui ujian ini. Zie sayang abang...
Aku tidak dapat melawat abang pada waktu tengahari sebab masa yang pendek, dan aku akan terkejar-kejar untuk masuk semula ke pejabat. Aku janji pada abang akan datang ke PPUM sebelah petang. Dah minta tolong Leena untuk benarkan aku parking di Fakulti Perubatan. Nasib baik aku ada ramai kawan baik dikelilingku. Ima akan bawa balik APV abang manakala aku akan memandu kereta Myvi kesayanganku... Syukur ada rakan yang sudi bersama di kala sedih dan gembira...thanks sahabat.
Malam nanti, anak-anak pasti akan memenuhi ruang kamar tidurku, menemani aku agar tidak tidur berseorangan... Pasti riuh bilikku sehinggalah mereka menutup mata. Namun, hatiku tetap sunyi, sunyi kerana tidak mendengar suara abang dalam rumah.... suara melalui telefon bimbit, skype...tak sama!
No comments:
Post a Comment