April 17, 2012

Bahasa Inggeris...Bahasa Inggeris...

2 hari menemuduga dalam bahasa Inggeris pelajar PASUM yang memilih UM sebagai destinasi selepas Asasi Sains  memberi aku banyak pengajaran:

(1) Terdapat kelemahan yang ketara dalam komunikasi Bahasa Inggeris di kalangan pelajar lelaki;
(2) Pelajar cemerlang dari 'boarding school' yang mendapat straight As tidak semestinya boleh  berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Inggeris;
(3) Anak kampung, yang mana ibu bapa mereka melakukan pekerjaan kampung juga boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan baik jika mereka mempunyai kesungguhan untuk memahirkan diri dalam Bahasa Inggeris;
(4) Pelajar kurang minat membaca buku Inggeris. Kebanyakan mempelajari Bahasa Inggeris melalui komik, movie dan internet...
(5) Kelemahan dalam Bahasa Inggeris mempengaruhi pelajar dalam berkomunikasi dan menyampaikan idea dengan berkesan.
(6) Pelajar akui kelemahan dalam Bahasa Inggeris menyebabkan mereka kurang keyakinan diri untuk mengutarakan idea mereka dengan berani, kerana penguasaan bahasa Inggeris yang lemah.
(7) Pelajar setuju Bahasa Inggeris penting dalam kerjaya mereka sebagai seorang profesional.

Tidak dapat dinafikan bukan semua pelajar yang lemah berbahasa Inggeris... Ada yang berkomunikasi dalam bahasa Inggeris bagaikan makanan harian. Aku percaya, semuanya bergantung pada usaha sendiri untuk menakluki bahasa antarabangsa ini, namun tidak dapat dinafikan persekitaran kita kurang membantu untuk kita berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Itu yang berlaku pada masyarakat kita pada hari ini. Tolak tepi pandangan yang mempolitikkan isu bahasa Inggeris...kita perlu berpijak di bumi nyata. Bahasa Inggeris penting jika kita mahu pergi lebih jauh.

Aku bertanya pada diriku...apakah nasib anak2 bangsaku yang masih lemah dalam bahasa Inggeris? Bagaimana agaknya mereka berhadapan dengan masyarakat jika Bahasa Inggeris menjadi kayu ukur kehebatan mereka dalam dunia pekerjaan. Apakah yang harus dilakukan oleh ibu bapa, guru-guru, pembuat dasar, masyarakat dan anak-anak bangsaku sendiri untuk mengukuhkan kecekapan berbahasa mereka...bukan hanya Bahasa Inggeris, juga Bahasa Malaysia, bahasa ibunda yang kian dirojakkan oleh sesetengah golongan....

No comments:

Post a Comment