Orang kata 'what goes around, comes around'....mungkin ada benarnya. Kalau hari ini kita menabur budi, satu masa nanti pasti ada orang lain yang akan melakukan perkara yang sama kepada kita, tidak pun kepada anak2 kita, ibu bapa kita atau orang2 yang istimewa dalam hidup kita.
Begitu juga kalau kita pernah menganiayai orang lain....kita lupa bahawa orang yang pernah kita aniayai punya hati dan perasaan, punya kelemahan....mungkin ketika itu kuasa dan ego kita mengatasi sifat belas kasihan sesama insan. Kita anggap kita sahaja yang betul, pandai dan berfikiran ke hadapan. Namun kita lupa, kita juga manusia biasa yang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Kita lupa bahawa doa orang2 yang dizalimi, teraniaya...dimakbulkan Allah. Mungkin balasannya tidak berlaku pada ketika yang sama, tidak menimpa diri kita...ia mungkin berlaku di saat kita sedang bahagia, menikmati kemewahan dan kemahsyuran...mungkin bukan kepada kita...mungkin boleh berlaku kepada suami, anak, saudara mara dan mereka yang istimewa dalam hidup kita. Ini telah kusaksikan pada beberapa kejadian...cuma kita kena memahami dan mengambil iktibar dari apa yang berlaku, wallahu a'lam...
Dalam persekitaran hari ini dapat aku perhatikan ada beberapa orang yang mempunyai kuasa, menganggap segala tindakannya sahaja betul, orang lain tidak boleh menentang ideanya secara terbuka, tidak boleh melawan... yang paling dia suka ialah orang-orang yang mengiyakan sahaja idea dan arahannya...mungkinkah akan berlaku seumpama itu jika engkau tidak punya kuasa, tidak punya apa-apa...nantikanlah apabila saatnya tiba!
Ketika berlaku sesuatu yang menguji segala keegoan, harapnya dijadikan pengajaran, harapnya difikir-fikirkan sebagai suatu peringatan yang hidup ini bagai sebuah roda...roda yang berputar mengikut hukum alam..ada ketika kita di atas, ada ketika kita di bawah. Tidak ada sesiapa yang ingin menganiayai kita, tidak ada sesiapa yang ingin mendoakan yang buruk2 untuk kita...tapi kitalah yang menciptakan apa yang kadang2 menjadi ujian kepada kita.
Mungkin ujian itulah suatu cara untuk kita muhasabah diri, meminta maaf kepada mereka yg pernah kita aniayai, lukakan hati...mengakui kita manusia yang lemah...yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan...maka kita mencari semula diri yang hakiki untuk tunduk kepada Allah yang maha mengampuni.
Namun ada ketika, kita tidak sempat untuk disedarkan...kita masih anggap kita yang paling sempurna. Mungkinkah kita akan sentiasa ketawa? Mungkinkah kita akan sentiasa berkuasa...mungkin Allah memberikan apa jua kuasa dan kemewahan untuk menguji keimanan kita.
Percayalah...suatu hari kelak kita akan hilang semuanya, bila diri dimamah usia, kuasa hilang entah ke mana, harta boleh dilihat dan dihitung tetapi tidak boleh lagi digunakan untuk mengembalikan usia muda, kesihatan dan keegoan semakin terbatas...waktu itu, teman yang paling setia adalah Allah yang menciptakan kita. Kembalilah kepada fitrah sementara ada masa, sesungguhnya Allah menciptakan kita untuk kita tunduk dan taat kepada perintahnya, bukan untuk kita menunjuk-nunjukkan kuasa di saat kita diberi peluang olehNya...
mmmmm...betul2..koi sokong ya amat pandang ko ni
ReplyDelete