May 15, 2012

Sewaktu tiba di rumah maghrib tadi, abang kelihatan lena di sofa. Aku kira abang sengaja mengacah-acah aku seperti kebiasaan anak2 berpura2 tidur menantikan geletekan kami diakhiri dengan ketawa bersama. Aku rapatkan diri kepada abang...Ya Allah panasnya. Abang demam lagi! Selepas solat Maghrib abang terus merebahkan badannya di perbaringan. Menyelimuti dirinya supaya keluar peluh. Aku biarkan abang tidur walau sesekali terdengar dengkuran keras dari mulutnya. Abang pun belum makan lagi...tak berani untukku berikan ubat. Kuusap rambut abang, kubelai wajahnya....masih panas. Aku benar2 tidak dapat bayangkan andai ini menjadi sesuatu yang memudaratkannya... Ya Allah peliharailah suamiku,ampunkanlah dosa2nya yg telah lalu, yang sedang dilakukan dan yang belum dilakukan. Terimalah taubatnya. Andai kesakitan ini adalah cara untuk Kau ampunkan dirinya maka Kau berilah kekuatan kepada kami untuk melaluinya dengan penuh ketabahan. Aku berharap suamiku akan terus kuat, positif dan menerima segala ketentuan ini dengan redha. Selamatkanlah suamiku Ya Allah. Amin

No comments:

Post a Comment