June 7, 2012

Selamat Ulang Tahun Ima

Hari ini harijadi sahabat baikku Ima. Sudah 23 tahun kami berkawan. Semoga Allah memelihara persahabatan kami. Aku menghadiahkan sejambak bunga yang dihantar ke pejabatnya. Alangkah gembiranya hati sahabatku itu... Teringat akan peristiwa di harijadiku yang lalu. Aku menerima kiriman bunga di pejabat, malangnya aku tidak hadir bekerja pada hari tersebut kerana suami tersayang demam panas. Aku lebih rela menemani suami tersayang ke PPUM daripada meraikan harijadiku. Berada di sisi suamiku adalah hadiah yang tidak ternilai harganya. Tengahari itu, Ros menelefon aku memaklumkan ada kiriman bunga di pejabat. Tanpa berfikir panjang, aku minta Ros kirimkan bunga tersebut kepada Ima untuk dibawa balik ke rumahku. Tidak berapa lama kemudian, Ima menelefon aku. Dengan suara yang sedih diiringi tangisan dia memberitahu aku bunga itu sepatutnya aku terima sendiri bukan melaluinya. Di akhir perbualan kami Ima mengatakan dia bukan tidak mahu menghantar bunga tersebut ke rumah aku, bukan juga dia menangis kerana marah padaku...dia sangat terharu kerana ramai yang sayang kepada aku. Terasa sangat bersalah kepada Ima kerana menyusahkannya. Aku minta Ima biarkan bunga tersebut di pejabat. Aku berteka teki siapakah pengirim bunga misteri itu....rupa-rupanya suamiku sendiri. ALangkah gembiranya hatiku. Alangkah terharunya aku atas kasih sayang suami terhadap diriku. Terima kasih abang atas hadiah itu, terima kasih Ima kerana sudi membawa bunga itu ke rumahku...sayang abang. sayang Ima....Terima kasih Allah

No comments:

Post a Comment