Hari Jumaat, waktu rehatnya panjang. Tak pasti nak ke mana sebab Ima dan Aishah ada jamuan di Unit Pelantikan. Last-last keluar dengan Salmi & Azizah, itupun tak tahu mana nak dituju. Mulanya ingat nak makan di Bangsar SOuth, kejap tu Salmi buka cerita nak ke IKEA, finally kami decide nak makan ikan bakar di Jalan Bellamy. Sampailah hajat Salmi nak ke sana.
Kedai makan yang aku sellau kunjungi dengan abang tutup hari ini, mungkin kerana menghormati hari Jumaat, jadi kami ke Kedai Makan kak Jat. Orang kata tempat ni best. Aku pernah ke sini sekali dengan abang, tapi tekak aku lebih serasi dengan ikan bakar di Seri Melaka. Tak apalah mana-mana pun sama. Ramai pelanggan yang beratur menunggu ikan. Tak kurang juga yang beratur menunggu tempat duduk. Itu tugas Salmi. Tugas aku dan Azizah mencari ikan.
Sedang mata melilau mencari 'port' terpandang Kak Na...Dr. Roslina, kakak terbaik yang pernah menjadi sebahagian dari keluargaku sewaktu melanjutkan pelajaran di UK. So happy! Kami berpelukan...terasa rindu pada Kak Na. Dia masih manis seperti dulu. Sayang betul aku kepada Kak Na. Memang sudah agak lama tidak berjumpa. Sempat bertanya khabar sikit sebab dia pun sudah selesai makan dan hendak keluar. Teringat aku pada kehidupanku selama 1 tahun di UK pada tahun 2002/03.
Kak Na adalah orang Malaysia pertama yang aku temui setiba di UK. Bermalam di B & B bersama suami dan 3 anak berusia antara 3 - 7 tahun, menjadikan kami begitu teruja pada keesokan paginya, tak tahu nak ke mana selepas itu. Agen rumah di Canterbury yang kami hubungi juga tidak menjawab telefon. Ke mana kami nak pergi selepas ini? Nasib baik ada hamba Allah yang aku tidak kenali meminta aku menghubungi Dr. Roslina. Siapalah orang ini, baik hatikah dia? Sudikah dia membantu kami? Pelbagai cerita bermain di kepala...akhirnya dia sampai. Dia baru pulang dari kota London. Ya Allah, dia datang dengan wajah yang begitu manis, tidak menunjukkan terbeban untuk berjumpa dengan kami. Baiknya dia. Di bawanya kami ke rumahnya di Canterbury. Kami sepat mesra. Anak2nya yang menemani beliau juga baik dan mesra. Seminggu lebih kami tinggal di rumahnya. Segan juga, sebab terpaksa berkongsi makan minum dengan keluarganya. Kak Na tidak kesah. Pada waktu lapang, dia dan suamiku akan keluar mencari rumah dan kereta untuk kami. Akhirnya dapat juga kami sebuah kediaman di Whitstable dan sebuah kereta Ford. Sepanjang setahun hidup di perantauan hanya Kak Nalah keluarga kami. Hujung minggu kami akan calling-calling untuk ke car boot sale.... Bila Kak Na balik Malaysia, anak2nya Nazli dan Amir dititipkan kepada kami. Seronok melihat mereka bergaul dengan anak2ku...seperti adik beradik. Suamiku akan menguruskan persekolahan mereka...indah, sememangnya pengalaman yang indah ketika berada di Whitstable. Semua itu sudah berlalu 10 tahun yang lalu. Begitu cepat masa berlalu...
No comments:
Post a Comment