July 11, 2012

Semakin Ramadhan Menghampiri

Semacam trend masa kini, bengkel, audit, meeting, paperwork semuanya nak diselesaikan sebelum Ramadhan, walhal selepas Ogos, ada Sept, Okt, Nov & Disember...Kalut, masing2 kalut dan cemas. Aku pun sampai x menang tangan. Nak selak surat khabar untuk mengikuti perkembangan semasa pun tak berkesempatan...mujur masih sempat mendengar melalui radio ketika dalam perjalanan pergi & balik pejabat, menonton TV di sebelah malam dan mendengar rakan2 pejabat bercerita... Hari ini pun banyak benda yang aku cuba selesaikan, tapi tidak menampakkan output biarpun hari sudah semakin petang....work smart, jangan streskan kepala...dah petang-petang ni kena betulkan niat, nak balik rumah tengok suami & anak2 untuk tenangkan fikiran (ada hari x jadi jugak...). Malam ni tidur awal sebab malam tadi tidur jam 1.30 pagi menghabiskan kerja ofisku...

No comments:

Post a Comment