July 6, 2012

Muhasabah Diri

Hari ini aku betul-betul tertekan. Setengah hari aku tidak dapat menumpukan perhatian pada tugasku di pejabat. Ada orang minta aku muhasabah diri, seolah-olah aku telah melakukan kesalahan yang besar...ya terima kasih. Kesalahan aku adalah kerana aku menjalankan tugas yang diarahkan. Aku tidak sepatutnya melakukan pekerjaan yang bukan hak aku. Aku sepatutnya menolak dengan keras apabila diarahkan berbuat begitu. Bodohnya aku kerana terlalu menurut perintah....aku tidak sepatutnya terlalu menonjolkan diri. Aku tidak patut nampak hebat kerana siapa aku untuk merasakan diriku hebat, siapa aku????. Aku tahu, apa sahaja yang aku lakukan ada sahaja yang tidak kena pada matamu. Jangan bimbang, aku tidak akan mengambil rezekimu andai ia telah tertulis untukmu.

Aku terima nasihatmu kepadaku...muhasabahlah. Semudah itu. Terima kasih atas nasihat itu. Aku sedar siapa diriku....terima kasih sekali lagi.

No comments:

Post a Comment