July 24, 2012

Teringatkan Luqman

Semalam mama bersembang dengan seorang kawan. Sembang pasal anak-anak. Secara tak sengaja mama bercerita tentang Luqman. Mama bangga dengan Luqman sebab semenjak menjejakkan kaki ke sekolah menegah, rasanya mama tak perlu mengingat-ingatkan Luqman tentang solat. Luqman sudah boleh mengerjakan ibadah solat tanpa disuruh. Sejuk hati mama. Lalu kawan mama bertanya, adakah di antara ahli keluarga awak yang dalam kategori 'alim'... Rasanya 'alim' sangat-sangat tu tak adalah...tapi kalau ikutkan baba, ke mana pergi pun, walaupun waktu mama dan baba masih belum berumahtangga, baba tidak akan lupa mengerjakan solat. Mama akui solat mama masih banyak yang tertinggal pada waktu muda...Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah memberi Luqman sikap yang taat untuk mengerjakan ibadah solat. Semoga sikap ini akan berterusan sehingga bila-bila. Ingatlah sayang, solat itu tiang agama, tanpa solat bagaimana kita boleh menyempurnakan rukun islam yang lima...tiada suatu kebaikan yang akan mendapat keredhaannya sekiranya kita tidak mengikuti perintah Allah. Semoga adik-adik juga akan menuruti sikap Luqman itu....mama sayang Luqman, mama doakan agar Luqman dan adik2 sentiasa mendapat keredhaan Ilahi, dilindungi dari segala kezaliman dan kejahatan, semoga menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Amin Ya Rabbal Aa'lamin.

No comments:

Post a Comment