August 10, 2012

Harta yang hilang, salah siapa?

Tiba-tiba aku merasakan sudah tidak ada keriangan di pejabatku ini, bukan sebab masing-masing lesu berpuasa....tetapi kerana ada yang berani mencemar kemuliaan Ramadhan, yang melenyapkan kepercayaan rakan-rakan sepejabat selama ini. Ada yang sudah berani!

...aku mahukan keharmonian, keriangan dan ketenangan.... jangan ada benci, jangan ada syak wasangka, jangan ada yang menambah-nambah cerita... berdosa menuduh tanpa usul periksa, berdosa membuat andaian berdasarkan cerita-cerita yang didengar sahaja. Bagaimana sekiranya yang dituduh itu bukan pelaku sebenar? Bagaimana sekiranya yang menuduh atau mengada-adakan cerita rupanya musang bertopengkan manusia? Aku tidak berniat untuk menyebelahi mana-mana pihak.... Tapi aku percaya semuanya berpunca dari kesilapan yang empunya diri. Kalau dah tahu diri itu pelupa, mengapa tidak percaya pada ibu yang hendak menjagakan 'harta'nya? Mengapa dibiarkan laci terbuka pada bila-bila masa? Mengapa menggunakan alasan 'percaya' pada harta yang beribu harganya???? Sungguh tidak masuk akal!

Banyak cerita yang aku dengar, dari yang menjadi mangsa, mahupun yang menjadi saksi-saksinya, dan yang dianggap 'pengambilnya'....aduh! versi berbeza-beza. Yang mana satu nak pakai? Yang dituduh sudah tentu geram terdiam tidak dapat berkata apa-apa, kalau hilang kesabarannya aku rasa mahu agaknya buku lima singgah dimuka yang membawa cerita...Tiba-tiba yang yakin menamakan 'orang' tidak pasti pula dengan jawapannya, kerana dia hanya memanggil nama dan si polan hanya menjawa 'ya', tidak dapat mengecam suara, katanya. ...sekali lagi aku hilang punca. Ikut hati nak saja aku jumpa bomoh untuk cari jawapannya...tak perlulah getus hati kecilku, itu kerja sia-sia.

Tetapi bagaimana bisa aku meneka siapa sebenarnya yang punya angkara....atau 'harta' itu masih ada, dan ia tersimpan kemas di mana-mana, cuma yang empunya 'terlupa' di mana kali terakhir disimpannya.... Kalau benarlah sangkaanku, maka sia-sia menjeruk rasa, meninggalkan kesan yang mendalam kepada rakan-rakan semua....

Di bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan ini aku berdoa agar kebenaran akan terserlah, dan semuanya akan kembali seperti asal. Ya Allah, berilah kami petunjukMu...Kami hamba Allah yang lemah, tidak berdaya untuk merungkaikan masalah ini. Amin

No comments:

Post a Comment