August 10, 2012
Pokok Mangga
Alhamdulillah dah tujuh tahun pokok mangga yang ditanam di belakang rumah sudah mengeluarkan hasilnya. Tahun pertama, kalau tak silap hanya berbuah 3 biji sahaja. Tahun berikutnya, ada kala menjadi, ada kala tidak. Diletak baja buah pun belum tentu hasilnya cantik. Tapi tahun ini, rezeki sangat baik buat kami...buah mangga yang dihasilkan sangat banyak. Rasanya lebih 50 biji, bergayutan. Banyak juga yang masak di atas pokok. Kalau dulu ada yang merekah bila buah mula nak masak, kali ini tidak sebegitu. Jiran yang aku jumpa di surau sewaktu tarawih juga menjadikan pokok manggaku sebagai topik perbualan. Ada yang minta, aku tak kesah....rezeki mewah, biarlah dikongsi-kongsikan. Mak mertua dan Kak Nor yang datang ke rumah pada awal Ogos juga dapat merasai buah manggaku yang manis dan lemak. Seronok. Alhamdulillah...semoga pokok manggaku akan terus berbuah dengan lebat pada musim akan datang. Jenis aku tak pasti, tapi bentuk macam mangga siam. Beli anak pokok di Sungai Buluh pada tahun 2002...dah 10 tahun rupanya usia pokok manggaku!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment