Sebentar lagi aku akan menghadiri seminar hari kedua - semoga lebih mengujakan mindaku dengan formula-formula baru.
September 12, 2012
Brain Smart Leader
Hampir setiap hari aku akan membaca mengenai kedatangan Tony Buzan ke Malaysia untuk berkongsi kepakarannya dalam 'mind mapping' pada billboard yang terpampang di jalan Pantai Baru. Mahal juga yuran penyertaannya RM2600/pax. Alhamdulillah, tanpa diduga beberapa hari sebelum cuti hari raya, Nash dari BSM telah memaklumkan kepada aku yang Pemangku Pendaftar telah mencalonkan aku untuk menghadiri seminar ini. AKu seorang sahaja sebab yurannya agak tinggi! Syukur sangat2 kepada Allah atas anugerah ini. Semoga aku dapat memanfaatkan formula 'Most Important Graph' dalam urusan harianku sama ada di rumah, pejabat atau bersama masyarakat. Semoga aku akan menjadi lebih baik dalam menguruskan mindaku. Terima kasih UM!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






No comments:
Post a Comment