September 12, 2012

Respon pada orang yang paling kita sayangi

Itulah yang sering berlegar-legar dalam fikiranku. Mulut sentiasa menyebut sayang, hati sentiasa mengingati orang yang kita sayang...tapi kita kurang prihatin dan tidak meletakkan priority untuk menzahirkan melalui perbuatan. Contoh: kita sayang ibu bapa kita, berapa kerap kita menghubungi bertanya khabar berita, bila orang tua merajuk, barulah kita menyedari kealpaan kita, mulalah kita menelefon bertanyakan khabar...beberapa ketika kemudian, mungkin kita akan mengulangi perangai lama. Kita juga sering kali tidak memberi perhatian kepada hasrat dan kemahuan pasangan dan ahli keluarga kita dalam banyak perkara...mungkinkah sebenarnya perkataan sayang itu sudah menjadi biasa, kewujudan pasangan dan anak-anak kita sudah tidak memberi apa-apa makna...biasa-biasa sahaja? Itukah sebabnya kadang kala seseorang itu boleh terlalai dengan godaan anasir luar yang mengganggu keharmonian sebuah rumahtangga yang bahagia? Adakah layanan 1st class diberi kepada anasir perosak itu berbanding dengan insan yang paling dekat dengan kita? Bagaimana kita boleg merungkai soalan ini yang sangat asas tetapi sering dianggap remeh oleh sesetengah kita.

No comments:

Post a Comment