September 14, 2012

Selamat Ulang tahun Luqman

Alhamdulillah, sudah 16 tahun masa berlalu dari hari pertama Muhammad Luqman Arif lahir ke dunia ini. Mama masih ingat lagi hari Jumaat, 13 September 1996 - bagaimana mama diarahkan memasuki 'labour room' untuk melalui proses 'induce' bagi memberi laluan untuk Luqman keluar melihat dunia ini. Sakit yang bukan kepalang setiap kali ubat memasuki tubuh ini...Selama 13 jam (dari jam 12 tgh - 1 pagi) mama menahan dan berlawan dengan kesakitan. Sekejap sakit sekejap okay. Badan sudah begitu lemah, mata begitu berat namun, setiap kali ubat masuk ke tubuh mama, rasa seperti hendak membalingkan semua benda yang ada berdekatan... Jam di dinding seakan-akan tidak bergerak....tidak dapat menggambarkan kesakitan pada waktu itu. Mujur bidan yang bertugas pada malam itu seorang yang berpengalaman. Dialah yang banyak mententeramkan mama, dialah yang banyak memberi dorongan kepada mama supaya bersabar dan berusaha untuk meneran agar Luqman keluar secara semulajadi, dan tidak perlu melalui pembedahan seperti mana disarankan oleh Doktor. Alhamdulillah...Luqman dilahirkan pada jam 1.00 pagi...tanpa tangisan! Panik seketika mama dibuatnya...bidan menepuk2 perlahan punggung Luqman, Alhamdulillah.. Alhamdulillah.... Alhamdulillah.... akhirnya kedengaran rengekan kecil Luqman. Alhamdulillah anak yang mama lahirkan dalam keadaan normal. Inilah sebuah hadiah yang teristimewa mama dan baba... hari ini anak ini telah berumur 16 tahun. Seorang yang segak, menawan dan berbudi mulia, persis babanya...semoga kepribadiannya seelok kejadiannya...

Semoga anakku ini mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat, mengikut petunjuk Allah agar kehidupannya berkat dan selamat.

Selamat Hari jadi anakku, Luqman Arif.

No comments:

Post a Comment