September 4, 2012

Seronok memasak

Tahun ini kami tidak buat open house. Walau pun tidak membuat open house, namun hampir setiap hujung minggu ada sahaja tetamu yang datang menziarah menyebabkan aku tidak kering tangan membuat persiapan di dapur. Mujur ada suami dan pembantu rumah yang rajin menolong. Yang paling seronok ialah pada waktu abang memuji sambal belimbing dengan ikan bilis yang aku hidangkan bersama rendang ayam untuk dimakan dengan ketupat. Pada awalnya, perasaan takut menyelubungi hatiku, takut kalau-kalau abang kepedasan memakan sambalku. Alhamdulillah, abang berselera dan beberapa kali mengulang sambalku. Thanks abang....Zie rasa lega tengok abang dah boleh makan sam al zie. Esoknya abang minta aku buat lagi, kali ini aku buat dengan udang basah....alahai, pedas pulak. Kali ini abang gagahkan juga dirinya untuk menahan pedas, mungkin untuk menjaga hati isterinya ini... Diam tak diam 4 kali jugalah aku masak sambal belimbing pada raya kali ini....asalkan suamiku suka...buat banyak kali pun tak apa, yang penting aku kena pastikan tidak pedas!



Sambal belimbing ni memang aku warisi dari mak...mana tidaknya setiap kali raya, aku akan minta mak cari belimbing dan buatkan sambal. Tak kiralah, sambal ikan bilis atau udang. Ada juga aku dengar sambal belimbing ikan bilis yang berwarna hitam....nak juga aku belajar membuatnya. Aku sedang berpuasa ni...terasa-rasa pulak masam, lemak, pedas di tekakku ini....sabar jerlah!

Seronok rasanya sesekali menjamu tetamu dengan masakan aku. Sebenarnya aku memang suka memasak, tetapi beberapa tahun kebelakangan ni aku memang agak jarang memasak. Mungkin kekangan waktu atau kesibukan tugas yang mengurangkan aktiviti masakku. Jealous juga bila dengar kengkawan memasak untuk keluarga. Mungkin aku tidak rasa bersalah sangat sebab suami dan anak2ku tidak banyak kerenah tentang makan. Yang penting setiap malam kena makan bersama. Pembantu rumahku seorang yang pantas, kadang2 bila aku turun ke bawah untuk merancang apa yang nak dimasak untuk sarapan, nah! hidangan sudah tersedia, nasi lemaklah, nasi gorenglah, jemput-jemputlah....sehingga kena diberitahu malam sebelumnya kalau aku sekeluarga merancang untuk sarapan di luar.

Azamku hujung2 minggu nak memasak semulalah....

No comments:

Post a Comment