September 4, 2012

Sikap kita adalah siap diri kita yang sebenar

Mengapa begitu bencinya kita kepada insan lain sehinggakan kita sanggup menghina insan tersebut sebagai mana perlakuan seekor haiwan yang tidak mempunyai akal seperti manusia. Dimanakah rasionalnya kita apa bila bermegah-megah mencaci dan mencerca seorang manusia seolah-olah diri kita tidak mempunyai dosa, seolah-olah ibu bapa kita, adik beradik kita, ahli keluarga kita tidak ada yang mempunyai cacat dan cela, noda dan dosa... jauh juga untuk kita melihat kekurangan orang lain dan orang terdekat kita....lihat sahaja pada diri kita. Bukankah apa yang kita lakukan sendiri telah menggambarkan kita lebih hina daripada orang lain yang kita hina....sedih dengan sikap anak bangsaku. barangkali begitulah tingkah laku mereka di rumah, bersama ibu bapa dan masyarakat mereka. Mereka bukan pemimpin masa hadapan yang aku harapkan...

No comments:

Post a Comment