October 16, 2012
Masuk dapur
Tak tahulah mengapa kebelakangan ini keinginan untuk ke dapur begitu membara. Tak sabar rasanya untuk menunggu hujung minggu. Masuk dapur memasak untuk keluarga. Bukannya masakan luar biasa. Masakan yang biasa-biasa. Yang biasa aku masak semasa muda. Terus terang, dah lama aku tidak menyibukkan diri di dapur. Mana tidaknya, dapur ibarat bilik utama bibikku. Seawal jam 5 pagi dia akan menyediakan sarapan pagi, takut anak2ku kelaparan katanya. Kena beritahu bibik kalau ada perancangan untuk bawa anak-anak sarapan di luar, atau ada masakan yang nk aku masak baik pagi, malam atau tengahari. Anak2 pula kebelakangan ini dah mula memilih. Kadang2 tidak diusik lauk pauk yang disediakan oleh Bibik....dah jemu agaknya. Tapi mereka tidak pernah menyuarakan kepadaku.Tidak mahu menyusahkan hati mama agaknya. Menyedari perubahan ini, aku ambil keputusan untuk mula menyediakan saraoan, makan tengahari dan makan malam. Bukan susah pun. Ahad lepas aku masak sambal tumis ikan kembong, kari ayam dan goreng kacang panjang. Seronok mereka makan. Aku juga merindui air tangan sendiri! Yang penting bahan di dapur perlu cukup, khususnya belacan, asam jawa, bawang merah, bawang putih, halia, kunyit dan cili kering. Oh ya, Sabtu lepas aku buat lasagna (bahan2nya ikut apa yang tercatat di kotak jer)...hahaha tidak cukup rupanya! Semua ini menaikkan semangat mama....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment