November 26, 2012
Ayah Syuk - Semoga Dipermudahkan Allah
Perasaan siapa yang tidak tersentuh...terserempak dengan Salmi di dalam lif waktu pulang kerja. Cepat balik hari ni tegurku. I nak ke PPUM melawat ayah Syuk, katanya dah dipanggil anak2 ke hospital. Ya Allah, bagai gugur air mata aku mendengar berita yang menyedihkan ini. Ayah Syuk menghidapi kanser usus. Sebelun ini ada Syuk bertanyakan kepada ku tentang petua untuk menjaga kesÃhatan pesakit kanser. Hari ini sudah kritikal rupanya ayah Syuk. Aku memohon keampunanmu Ya Allah untuk ayah Syuk. Ampunilah dirinya dan mudahkanlah bagi dirinya untuk menghadapi saat2 yang bakal berlaku pada dirinya. Aku bersyukur kepadaMu yang telah memberikan peluang kedua kepada suamiku untuk terus menikmati kehidupan ini. Syukur kerana memberi aku dan anak2 peluang untuk disayangi, dilindungi, dibahagiakan. Ya Allah, semoga Engkau melindungi suamiku dan memberinya kesihatan yang baik agar dia dapat terus beribadah kepadaMu, menjadi kekuatan kepada kami. Begitu banyak yang telah dia terima dari kelalaiannya yang lalu, semoga dia akan terus tabah untuk menerima apa jua ketentuanMu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment