November 19, 2012

Marah dan Kesal

Memang aku fobia bila membaca atau mendengar kisah kecurangan pasangan suami isteri. Fobia kerana saat mereka sedang menikmati kebahagiaan berlandaskan hawa nafsu, ada hati yang terluka dan menjeruk rasa. Ada hati yang dikecewakan, ada hati yang punah ranah bagai kaca terhempas. Mengapalah harus berlaku curang sedangkan diri itu sudah berusia, sudah berkeluarga...mengapakah perlu ditangkap di kamar hotel pada waktu sepatutnya kau berada di samping suami dan anak-anak tercinta....apakah sudah tidak ada rasa cinta dan kehangatan dalam rumahtanggamu lagi? Kosongkah hidupmu... Tidak malukah ceritamu menjadi tajuk dalam dada akhbar...di mana hendak diletakkan mukamu, muka suamiku dan muka keluargamu.... Sesungguhnya jika cerita itu tidak diketahui umum...adakah dosa akan terus berlaku? Tidak takutkah pada balasan yang bakal diterima. Ya Allah, sesungguhnya tatkala membaca berita-berita seperti ini, hatiku menjadi marah, kesal dan sedih. Padahal setiap yang berlaku itu adalah keizinan Allah untuk memberi peluang kepada hambaNya agar cepat-cepat bertaubat. Mungkinkah perasaan ini timbul kerana aku seorang wanita...

No comments:

Post a Comment