October 18, 2011

Pasang NG Tube

Syukur alhamdulillah. Hari ini kami ke ENT untuk masukkan NG tube ke dalam hidung abang. Mesin RT masih belum boleh berfungsi, jadi awallah kami balik. Masih ada 12 RT dan 3 kimo yang perlu abang lalui. Pemanduanku semakin cekap walaupun adalah sedikit calar pada skirting semasa keluar dari parking di Trauma pagi tadi. Ini menjadi pengajaran kepadaku supaya lebih berhati-hati.

Kesan rawatan semakin jelas menyakitkan suamiku. Rambut sudah banyak yang gugur, kawasan keliling leher hitam seperti terbakar, dan mula terkopek...aduh pedih rasanya! Abang rasa bahang dan berpeluh, Ya Allah beginilah ujianMu ke atas kami. Semoga kami tabah dan redha dengan ujian tersebut. Sebelum pulang singgah ke SRAI ambil borang tukar sekolah Iekhsan ke SRK BBB. Kemudian ke SRK BBB untuk mendaftar Nurin. Dulu abang yang uruskan semua ini.

Sampai di rumah, aku sediakan susu untuk abang dan masukkan ke dalam tiub. Alhamdulillah, selepas masuk susu, abang tidur dengan lena. Jam 1.30 ptg ex-staff abang dari JPA datang menziarah. Ada yang masih aku kenal. Imaiana ex-PA abang masih cantik seperti dulu.

Jam 3.00 petang beri abang susu sekali lagi. Semoga abang akan sihat dan berat badan abang maintain. Esok staff aku nak datang menziarah. Oh ya, tadi ada sms dari ex-staff abang dari MITI. Siapa gerangan yang membawa khabar ke sana.... emmm, entahlah aku pasti 'I" sudah lama tahu. Aku pun tak pasti andai dia datang menziarah, bagaimana reaksi aku. Oh tuhan, kuatkanlah hatiku.

No comments:

Post a Comment