October 19, 2011
Ujian ini begitu menekankan perasaan
Abang semakin sukar untuk makan melalui mulut. Hanya bergantung kepada tiub. Sedih hatiku bila abang tidak mahu makan ubat yang ingin aku berikan. Abang mahu rehat katanya. Waktu kawan2 menziarah, abang langsung tidak bermaya untuk meninggalkan katil. Kawan bawakan buah durian belanda dan belimbing besi. InsyaAllah aku akan buat jus dan beri abang minum menggunakan tiub. Aku jadi sangat tertekan. Seharian aku melayan perasaan sedih, tapi kali ini aku melayan sendiri. Abang tidak ada masa dan kudrat untuk menjadi pendengar setiaku. Ima tawarkan diri untuk aku berkongsi cerita...tak apalah Ima. Aku boleh hadapi semua ini. Aku telah diuji berkali-kali, rasanya aku sudah boleh menerima semua tekanan ini dengan tabah. Aku tidak ada pilihan. Apa jua perasaanku yang berkaitan dengan peristiwa lalu semuanya adalah permainan syaitan untuk menghasut aku. Suamiku sememangnya ada salah kepadaku, tapi dalam keadaan sekarang aku tidak boleh menyisihkan dia dari hidupku. Aku sayang pada suamiku. Sayang walaupun masih ada rasa marah dan kesal. Aku tahu aku perlu sabar dan ikhlas menjaganya kerana ini adalah ujian yang istimewa dari Allah untukku. Saatnya akan tiba bila semua ini menjadi kenangan yang indah buatku. Ya Allah, ringankanlah beban kesakitan yang ditanggung oleh suamiku. Amin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment