October 18, 2011

Allahuakbar

Semlm kami berada lama di PPUM tapi tak ada apa yang berlaku sebab mesin RT di bilik 12 rosak. Sempat berjumpa dietician. Semasa perundingan, Ms Tah nasihatkan abang supaya cuba kekalkn berat badan. Skrg berat abang 63.6 kg, boleh turun sehingga bawah 50 kg jika tidak mengambil makanan yang cukup. Kami minta dipasangkan tiub di hidung abang agar aku boleh masukkan makanan lembut/cecair. Aku tidak sampai hati untuk memaksa abang menelan. Hanya Allah dan abang yang tahu apa yg dirasai di kawasan dalam mulut abang. Syukur, abang masih tenang dan bersabar.

Kawan2 lama di JPA menelefon untuk datang esok tengahari. Petang pula rakan2 pejabat MAMPU menziarahi abang. Mlm pula Yazid n Achik datang. Ya Allah dalam kesibukan membuat persiapan ke tanah suci Mekah, sempat juga mereka datang dari Puchong untuk berjumpa kami.

Allahuakbar, hati aku semakin yakin, Allah merahmati kami yang sedang diuji. Kami terima doa yang tidak putus2 dari saudara dan rakan. Yang rapat dan tidak rapat. Rakan yg hendak ke tanah suci berjanji untuk mendoakan abang di sana. Terima kasih sahabat. Azihan memaklumkan mlm tadi beliau dan ustaz dan hafiz di Darul Syifa akan melakukan solat hajat dengan dipimpin oleh TG Ustaz Harun Din. Rakan MAMPU membacakan yaasin. Yang berkirim air zam zam, air yaasin juga sentiasa ada. Bukankah itu rahmat Allah? Diberinya sakit sebagai tanda Dia masih sayangkan kita dan mahu menjadikan kita hamba yang lebih baik. Dia juga menghimpunkan hamba2nya untuk berbuat kebajikan kepada kita, moga beroleh kekuatan dan disembuhkan dari penyakit ini berkat doa yang berterusan dari saudara dan sahabat. Pertolongan dan sokongan seumpama ini tidak tergambar olehku insan kerdil yang tidak banyak membuat kebajikan ini. Semoga kami akan menjadi hambaMu yang lebih baik, membantu dan terus berdoa untuk kesejahteraan makhlukmu yang lain. Allahuakbar. Amin

No comments:

Post a Comment