October 22, 2011

Aku Perlukan Seseorang Untuk Memahami

Semalam bukanlah hari yang tenang bagi diriku. Semenjak pagi lagi hatiku bagai dikelar-kelar dengan pisau. Aku sangat sensitif. Mudah merajuk jika ada yang tak kena. Mengapa agaknya aku jadi begitu, aku juga tidak pasti. Mungkin sebab aku harus memikirkan semua urusan keluarga, dari abang yang sakit, iekhsan yang tidak memberi tumpuan pada peperiksaan, masalah kewangan dsbnya. Ahh! Aku benar2 tertekan. Aku tidak tahu dengan siapa aku harus mengadu. Abang seakan tidak peduli dengan apa yang berlaku. Tengaharinya aku menangis kepada Sharifah dan berkongsi serba sedikit perasaanku, namun ia hanya berkisar ttg sakit abang. Iyelah, takkan aku boleh luahkan semua kpd orang lain. Aku perlu simpan yang peribadi, namun yang peribadi itulah yang menjeruk perasaanku. Benar kata sahabatku itu, rajin2lah membaca al-quran untuk mendapatkan ketenangan dan kekuatan.

Sebelah petang masalah datang lagi. Aku cuba tenang, biarpun dlm hati sudah mula menangis. Entah sampai bila abang akan buat aku tenang, tidak terbit riak bersalah di wajah abang. Tidak simpatikah dia kepada aku? Abang, tolonglah fahami isterimu ini. Janganlah kau hadiahkan aku dengan kesedihan yang berpanjangan. Mengapa kau selalu menguji kesetiaan cintaku? Mengapa kau tidak menghargai pengorbananku? Mimpiku hanya berkisar ttg kita, kisah yang hanya aku dan Allah sahaja yang tahu.

No comments:

Post a Comment