October 25, 2011

Catatan petang ini

Kebelakangan ini fikiranku tidak tenang. Aku cuba menghabiskan masa dgn berzikir dan melayan andriod di tangan. Mak & bapak abang telah ada di rumah semenjak Sabtu lalu. Kesian mak dan K Nor. Bukan mudah untuk mereka menguruskan bapak yang stroke untuk di bawa ke sini. Apapun terima kasih k Nor kerana berusaha membawa mak n bapak untuk melihat anak lelaki tunggal n bongsu ini yang sedang berperang dengan kanser. Berapa hari mak kat sini aku tak pasti. Biarlah asalkan dia tenang melihat anaknya di depan mata.

Abang masih minum susu melalui tiub. Ada kala abang muntah lebih dari apa yg diambil. Kesian abang. Azab rasanya melalui ujian ini. Banyak persoalan bermain di fikiran. Banyak yang aku fikirkan...adakah ini, adakah itu....kalaulah abang ....., tentu......, tapi bukankah ini semua kerja tuhan? Bukankah setiap sesuatu yg berlaku adalah untuk menjadikan kita lebih berfikir dan tunduk pada kebesaranNya. Allah hu Akbar.

Aku berharap semua ini akan berakhir dgn baik. Sekurang-kurangnya kami sudah mendapat pelajaran dan pengalaman yang akan menjadi kenangan bersama yang tidak mungkin dapat dilupakan. Semoga abang akan menjadi lelaki yang baru bila dia sihat nanti. Semoga abang akan lebih menghargai diriku dan anak2 kami.

No comments:

Post a Comment