Syukur alhamdulillah. Ramai yg berkirim salam dan memanjatkan doa untuk kesihatan abang. Terharu menerima kunjungan ahli keluarga dari Melaka, rakan2 abang semasa berkhidmat di JPA, teman2 rapat sewaktu di 3rd College, noni sekeluarga dari melaka. Lebih terharu menerima kehadiran Azihan, jiran hadapan rumah yg menawarkan air ecpi melalui doa-doa Darul Syifa yang diamalkannya. Benarlah kata orang, jika kita berbuat baik kepada makhluk Allah yang lain nescaya mereka akan mengambil berat tentang kita di saat sukar dan diuji. Aku bersyukur di kelilingi keluarga, saudara, rakan yang sayang kepada kami. Aku bersyukur atas doa-doa yang disedekahkan oleh semua agar suamiku cepat sembuh dan diberi kekuatan dalam melalui ujian ini. Semoga Allah menerima doa2 kami. Amin
Hari ini ada lagi yang akan datang menziarah. Cerita tentang keadaan suami lambat laun akan sampai ke pejabat lamanya di MITI, AADK dan pejabat sekarang MAMPU. Bila aku renung-renungkan kembali, ujian Allah untuk suamiku juga tidak kurang silih berganti, dan aku bersyukur sehingga kini Allah masih memberi kesabaran yang tinggi kepada abang untuk melalui semua ini dgn ikhlas. Syukur kehadratmu Ya Allah.
Siang tadi Haril & Suzie, Prof Khaw, Encik Rahim, Pak Busu sekeluarga, Cik Wor dan anak cucunya, dan Jaan sekeluarga datang menziarah. Abang nampak letih tetapi digagahi juga turun ke bawah menerima tetamu. Harap2 abang dapat rehat yang cukup malam ini. Sayang abang.
No comments:
Post a Comment