October 26, 2011

Sesungguhnya Allah yang menyimpan segala rahsia

Pagi ini aku dikejutkan dengan berita sedih pemergian ayah tiri Syahid. Baru Ahad lepas beliau dikejarkan ke hospital Serdang akibat serangan jantung. Tentu ibu Syahid merasa sedih kerana ini kali kedua kehilangan lelaki yang begitu bermakna dalam hidupnya. Lelaki yang telah berkongsi hidup dengannya ketika anak2 memerlukan belaian seorang ayah. Begitulah hakikat kehidupan ini, yang hidup pasti akan meninggalkan dunia yg fana ini untuk kembali kepada yang maha pencipta. Kita menangisi dan bersedih atas ujian silih berganti yang Allah berikan. Kita hidup dalam keadaan yang tidak terlepas dari membuat dosa, tidak pernah membuat persiapan andai Allah menjemput kita ke akam barzakh. Sesungguhnya kami memohon keampunanmu Ya Allah atas dosa2 kami, dosa2 kedua ibu bapa kami, anak2 kami, guru2 kami, muslimin dan muslimat yang hidup dan yang telah meninggal dunia. Hanya Engkau yang kami sembah, dan hanya Engkau yang maha pengampun segala dosa. Terimalah taubat kami.

Semoga Allah menempatkan roh ayah tiri Syahid di kalangan hamba2Nya yang beriman. Amin

No comments:

Post a Comment