December 3, 2011

Terima kasih sayang

Hatiku berbunga kembali kebelakangan ini. Aku seakan sudah boleh menjauhi kenangan lalu dan sudah mula redha menerima semua yang berlaku sebagai suatu pengalaman dalam kehidupan rumahtanggaku. Aku bersyukur, perasaanku kembali tenang tatkala berada di samping abang.
Aku harap apa yang aku saksikan dan apa yang aku rasai benar dan bukan gurauan. Abang memang sudah mula mengambil hatiku, sudah tahu bila masanya untuk memujukku.Terima kasih abang. Aku memang sengaja mengajak abang menonton Teater Badai Semalam, dan menonton filem Ombak Rindu..aku mahu melihat sejauh mana kisah cintaku dengan abang berbeza dengan cerita rekaan manusia. Aku amat gembira abang. Pagi ini abang meletakkan kotak jam tangan di atas katil. Ya Allah seronok tidak terucap tatkala menerima hadiah dari orang tersayang. Aku peluk dan kucup abang. Aku tidak minta semua ini abang. Tapi aku tahu abang belikan kerana aku sudah kehilangan 2 jam bonia pemberiannya. Malu rasanya seolah aku tidak menghargai pemberiannya. Bukan macam tu bang. Zie silap, zie lalai. Dalam kegembiraan itu tiba2 abang berkata 'sebenarnya...sebenarnya...' Aduh perasaanku terus tersentap. Jantungku terhenti sesaat. Sebenarnya abang belikan satu lagi jam. Ini hadiah ulangtahun perkahwinan kita. Aku gembira sekali mendengarnya. Baru malam tadi abang membelikan lipstick 'CD'baru bagi menggantikan lipstickku yang telah habis, kritikal sehingga aku terpaksa korek guna jari. Terima kasih abang.

Jam 5 ptg, kami bawa anak2 ke kolam renang UKM. Tiba-tiba abang teringin nak berenang. Bukan zie menghalang. Abang belum cukup sihat. Sabarlah sayang, selepas keputusan perubatan dimaklumkan oleh doktor abang pergilah berenang. Zie sayang abang. Bila terlihat baju kelabu tertulis nike diatasnya berada di dalam beg, aku jadi sedikit emosi. Cepat2 aku memohon maaf pada abang. Aku tidak mahu rosakkan hari2 sebelum ulangtahun perkahwinan kita. Lagipun, kita akan menyambut ulangtahun perkahwinan kita di Pulau Langkawi tidak lama lagi. Itulah tempat pertama kita berbulan madu. Semoga percutian di Langkawa akan memberi semangat baru dalam perkahwinan kita yang memasuki usia 16 tahun. Zie terasa seperti sedang bercinta kembali, seronok...merajuk..merindui. Zie harap biarlah kita semakin jujur dan menyayangi antara satu sama lain. Zie harap Allah telah menerima doa kita, mengampunkan dosa2 kita dan melindungi kehidupan kita sekeluarga di dunia dan di akhirat.

Abang, terima kasih memberi zie hadiah yang mahal, zie tidak mengharapkannya. Zie cuma mahu seorang suami yang dapat memenuhi tanggungjawab terhadap zie dan keluarga. Zie memerlukan kasih sayang, bimbingan, perlindungan, nafkah dan perhatian dari abang. Terima kasih kerana masih terus sudi menjadi suami zie. Zie sayang abang dulu, kini dan hendaknya biarlah selama2nya.

No comments:

Post a Comment