Andai satu hari nanti
langkah kita sudah bertentangan haluan
bicara kita sudah tidak sama nadanya
Kasih kita sudah mula berubah rasa
Adakah kau akan izinkan suatu perpisahan
Adakah kau akan menahanku dari meninggalkanmu
Atau kau akan membiarkan aku berlalu
Meninggalkan kenangan indah kita bersama
Ditiup angin ke mana-mana
Atau kau akan merindui kehadiranku
Lalu kau kutip semua kenangan bersama
kau bukukan menjadi teman sunyimu
Adakah kau akan menyesali pemergianku
Mencari jalan menyekat langkahku yang tidak ada hala tuju
Bersungguh-sungguh mahukan aku kembali
Kepangkuanmu dan keluarga tercinta
Melayari bahtera kehidupan dengan lebih bermakna
Atau kau akan menarik nafas lega
lepas bebas dari kongkongan kasih sayangku
Yang sering membataskan pergerakanmu
Yang sering mematahkan kealpaanmu
Andai satu hari nanti
Tuhan menjemputku untuk kembali kepadaNya
Adakah kau telah cukup bersedia
Melayari sisa-sisa hidup tanpa aku yang tidak pernah jemu menemanimu
Aku yang sentiasa disisi saat suka dan dukamu
Aku yang akan menangis demi insan yang aku cinta
aku yang sanggup berkorban apa saja demi kebahagiaan kita
Adakah kau akan menghitung cintamu kepadaku
Adakah kau akan menyesali diri kerana kurang menghargaiku selama ini
Adakah kau akan rasa berdosa kerana sering membiarkan aku berendam air mata
Atau kau akan berasa lega, mencari pengganti mengubat duka
Aku percaya jodoh kita punya hikmah yang luar biasa
Aku bersyukur atas setiap kebahagiaan yang diberi Ilahi
Aku juga percaya
setiap ujian yang aku terima
setiap kedukaan yang aku rasai
Sepanjang hidup bersamamu
Biarpun ada ketikanya bagai tiada lagi kekuatan untuk menanggungnya
Namun kasih sayang dan rahmat Allah membimbing aku
meneruskan hidup bersamamu dengan penuh keredhaan
Sayang sekali lagi aku bertanya
Sekali lagi aku ingin tahu
Apakah kau telah sedia
Jika sesuatu terjadi pada hubungan kita
Aku sangat takut memikirkannya...
No comments:
Post a Comment