Sabtu lepas dah balik ke Melaka. Lama tak berjumpa dengan emak dan nenek. Anak2 bukan main gembira, masakan tidak, balik Melaka maksudnya mama akan kurang berleter tentang pelajaran..bolehlah bermain laptop dengan sepupu di rumah mama Ana. Memang betul pun... mama dan baba boleh berdua-duaan, dan sebab anak2 sibuk dengan aktiviti bersama. Nasib baik mama Ana rajin melayan. Ahad pagi bawa mak dan Intan ke Johor Premium Outlets. Kelakar tengok gelagat mak yang asyik terkejut melihat harga2 yang terpapar pada beg, kasut dan baju di butik2 berjenama. Mak ulang-ulang nasihat supaya aku berhemah bila berbelanja, jangan diikutkan nafsu..Iyelah mak, Zie dengar cakap mak. InsyaAllah.
Hajat hati nak balik ke BBBangi pada pagi Isnin, dapat khabar pak Itam nak berpindah ke rumah baru. Tanya anak2 sama ada nak balik ke BBBangi...semua vote untuk tinggal sehari lagi. Alahai, mak kat Limbongan mati2 fikir aku dah balik BBB. Aku call mak dan beritahu dia hasrat anak2... mak ketawakan aje...so malam tu tido rumah Ana. Masaklah Ana untuk kami...ko memang pandai masak.
Bincang dengan abang, kita ke rumah Pak Itam, kot dia memerlukan pertolongan..sampai ke petang, belum bergerak barang dari rumahnya ke rumah baru. Sebelah petang bila sampai di rumah Ana budak2 dah meminta untuk pergi ke pantai Klebang untuk bermain air. Malam tu kami ke McDonald Batu Berendam untuk celebrate kejayaan Wani mendapat 7A 1B dalam UPKK. Takpelah belanja anak2, seronok melihat mereka berjaya dalam pelajaran. Sedang makan dan bercerita, tiba2 masuk seorang perempuan duduk di meja belakang aku..kedudukan perempuan itu tepat mengadap kami. Keriuhan di meja berubah...mengapa agaknya. Rupa2nya perempuan itu adalah isteri bekas suami adikku...oh itu rupanya orangnya. Sebab itu anak2 buahku (aka anak tirinya) cepat2 mahu menghabiskan makanan. Mereka mahu bergegas pulang...kasihan anak2 buahku..kasihan adikku.
Semalaman aku tidak dapat tidur...berfikir tentang ujian yang melanda sebuah ikatan perkahwinan. Sukar untuk aku gambarkan kiranya aku dalam situasi Intan. Aku tidak sekuat Intan. Aku tidak pasti bagaimana kalau aku dan abang tekad untuk berpisah lantaran hidup tidak sehaluan lagi dan kebahagiaan yang kami bina selama ini hancur disebabkan orang ketiga. Aku memang tidak dapat membayangkan bagaimana kehidupanku tanpa suamiku. Kalau berpisah disebabkan ajal seperti mana yang ibuku lalui selama lebih 35 tahun ini, aku kira aku lebih bersedia...namun kalau perpisahan disebabkan keretakan rumahtangga dan anak2ku terpaksa hidup dalam keliru...aku tidak sanggup. Biarlah aku berkorbang rasa, biarlah aku berkorban demi melihat orang2 yang aku sayangi hidup bahagia. Aku percaya suamiku juga sangat menghargai pengorbananku ini, kerana dia masih menyintai aku...dan aku percaya.
No comments:
Post a Comment