Abang, Zie minta maaf kerana tidak tahu bagaimana caranya untuk mengurangkan tekanan yang sedang abang lalui ketika ini. Tapi Zie percaya abang seorang yang kuat, abang boleh bertahan melalui ujian ini. Percayalah abang, Allah benar2 hendak mengampunkan abang. Allah sedang memerhatikan abang, sebab itu diberinya ujian silih berganti kerana Dia mahu abang sentiasa dekat kepadaNya, bersujud kepadaNya dan menyerah kepadaNya. InsyaAllah abang, diakhir sebuah kedukaan akan menjelma kegembiraan. Kita cuma perlu sabar dan yakin kepadaNya. Zie sedar, ujian yang abang lalui ini bukan mudah. Kita doa sama-sama, kalau ada rezeki, insyaAllah tak ke mana. Bukan manusia yang menentukan rezeki kita. Manusia boleh lakukan apa saja untuk menutup pintu rezeki kita, untuk menghalang kejayaan kita, untuk menjatuhkan kita. Tapi mereka lupa, doa orang2 teraniaya dimakbulkan Allah. Biarlah abang. Mereka punya kuasa yang sedikit dibanding dengan kuasa Ilahi. Mungkin ujian ini adalah untuk membuka minda abang supaya memikirkan lebih banyak opsyen. Mungkin ujian ini untuk menjadikan abang lebih berfikir, lebih matang dan lebih bersedia menghadapi ujian2 seterusnya yang lebih besar.
Semoga abang tabah. Zie akan sentiasa berada di samping abang, di saat senang dan susah. Zie akan sentiasa mendoakan abang di dalam setiap doa Zie. Semoga Allah menerima taubat kita, merahmati hidup kita, menambahkan rezeki kita. Kalau ini bukan rezeki abang, mungkin ada yang lebih baik sedang menanti. InsyaAllah. Amin
No comments:
Post a Comment