January 23, 2012

Sayang mak

Semoga Allah memberi mak kekuatan dan kesabaran dalam menguruskan mak entik. Menjadi anak sulung, berstatus ibu tunggal melayakkan mak untuk menjaga dan menguruskan nenek yang sudah berumur 82 tahun. Bukan suatu tugas yang mudah. Nenek sudah tak kuat, kakinya lemah, kadang kala bila ingatannya lemah dia mudah memarahi mak... Kasihan mak. Apa boleh buat, sudah bahagian ujian untuknya. Sabar ye mak. Tubuh mak yang kecil dan kudratnya pada usia 62 tahun begitu terhad. Namun keikhlasan mak menjaga nenek begitu jelas. Seawal jam 5 pagi nenek akan bangun, menarik2 pampers yg dipakai sepanjang malam. Nenek memang dari muda suka bangun pagi, mandi dan menunaikan solat. Bila nenek bangun, aktiviti mak akan berubah. Kalau dari jam 3 pagi dia mengaji quran, dan bersolat, bila nenek bangun dia akan uruskan nenek ke bilik air, dan siapkan untuk solat. Mak akan sediakan sarapan untuk nenek. Mendandan nenek dan memimpinnya ie kerusi. Duduklah nenek di situ, kalau mengantuk mak akan bawa ke tempat tidur. Itulah rutin mak. Walaupun sibuk menjaga nenek, namun aktiviti hariannya seperti ke kelas agama, membimbing marhaban, berzanji tidak tergendala. Syukur kehadrat Ilahi memberi ibuku rahmat untuk menuntut ilmu agama, berbuat ibadah dan membela ibunya yang sudah tua. Sampai bila...sampailah Allah menjemput nenekku. Namun, andaikata ibuku yang dijemput dahulu, masa itu pak itam, pak cik, pak usu n mak ngah kena cari jalan siapakah yang boleh menjaga dan menguruskan nenek seperti ibuku.

Mak, zie harap mak akan mendapat layanan yang terbaik dari zie n adik2 bila tiba saatnya nanti. Zie, Ana n Intan sayang mak, kami doakan mak beroleh rahmat dalam menjaga nenek, diberi kesihatan yang baik agar kuat untuk menjaga nenek, diberi kesabaran dalam menghadapi kerenah nenek. Sayang mak.

No comments:

Post a Comment