January 20, 2012

Itu suatu tanggungjawab yang bukan mudah...

Betulkah apa yang aku dengar?? Benarkah A dan C sudah bercerai??? Benarkah Z n N sudah bercerai??? Ya Allah, mereka itu adalah rakan2ku...A dan Z sebaya denganku. Anak2 masih kecil lagi...Kenapa boleh sampai bercerai? Sukar untuk aku mencari jawapan. Keromantikan A n C memang menjadi 'trademark' semenjak mereka baru berkahwin. A seorang bujang sanggup menikahi C yang pernah 2 kali berkahwin, bukankah mereka pernah melalui suatu ujian yang besar sewaktu mereka baru mendirikan rumahtangga? Rasanya tidak sampai 12 tahun mereka berkahwin...Adakah A curang? Adakah C ego? Adakah kemesraan sudah tawar? hambar? Adakah kemesraan selama ini suatu sandiwara?? Kasihan kepada anak-anak mereka. Begitulah sikap kita yang dewasa ini, bila melakukan sesuatu perkara, tidak pernah mahu mengambil kira perasaan anak-anak. Memanglah kita ini manusia biasa, mana ada lautan yang sentiasa tenang. Memang bukan mudah melalui saat-saat rumahtangga diuji... hanya Allah sahaja yang maha mengetahui, hanya Allah sahaja yang mendengar rintihan suara hati...memang kena kuat, memang kena tabah...memang tidak ada pilihan tetapi hidup perlu diteruskan. Seingat aku, aku juga hampir mengambil keputusan yang sama untuk berpisah dengan suamiku..bila cinta dikhianati dan kepercayaan dipersia-siakan...tapi alhamdulillah, Allah terlalu hampir dengan kami, Allah masih mahukan kami bersatu, Allah masih mahukan kami muhasabah diri, mencari di mana kesilapan dan perbaikinya...Bukan mudah...memang bukan mudah. Kata sahabat karibku Ima, buatlah pilihan. Engkau mahu memaaf dan melupakan, memaaf tetapi tidak melupakan, tidak memaaf tetapi melupakan atau hidup dengan dendam yang tidak berkesudahan (tidak memaaf dan tidak melupakan). Entahlah, tentunya aku tidak memilih pilihan yang ketiga dan keempat, dan aku mungkin masih di pilihan kedua dan berharap suatu masa nanti aku akan mencapai pilihan yang pertama. Pasrah atau redha?? Semua itu sudah berlaku, semua itu sudah tertulis, dan tidak akan berubah walau apa juga warna hidupku esok hari... Hanya kemaafan itulah yang terbaik boleh aku lakukan.

Demi anak-anak, aku berharap biar apa juga dugaan yang bakal mendatangi rumahtanggaku, sama ada gelombang kedua, gelombang ketiga, taufan melanda...biarlah dapat kami hadapi semua itu dengan rasional, diberi kekuatan untuk menghadapinya bersama agar anak2 tidak menjadi mangsa kepada permasalahan ibu bapa mereka. Biarlah mereka membesar dalam suasana yang harmoni, melihat ibu bapa saling sayang menyayangi, hormat menghormati dan saling perlu memerlukan. Aku harap kami dapat menjadi contoh yang terbaik buat anak-anak kami agar tatkala mereka melayari kehidupan berumahtangga kelak, mereka akan menyemai benih kasih sayang dan saling hormat menghormati dalam keluarga mereka seperti mana mereka warisi daripada kami. Itu suatu tanggungjawab yang bukan mudah...

No comments:

Post a Comment