Apalah nak jadi dengan masyarakat negaraku kebelakangan ini. Ketaksuban berpolitik, politik yang mencalarkan keamanan semakin menjadi-jadi. Sekejap puak ni cari salah puak tu, sekejap puak ni bongkarkan skandal puak tu...yang mana satu betul dan yang mana satu salah, rakyat jadi keliru. Ada yang kata surat khabar A pro kerajaan...ceritanya semua yang baik2 tentang kerajaan, manakala pembangkang yang tidak mendapat tempat di arus perdana lebih seronok memainkan sentimen rakyat melalui akhbar-akhbar parti masing-masing dan media eletronik. Blog-blog yang menyokong dan membangkang sama naik tumbuhnya, bagai cendawan muncul selepas hujan pagi... Yang mana satu betul, yang mana satu salah...kita semua tidak mengerti. Kita disajikan dengan berita-berita yang kadang kala merisaukan hati...apa sudah jadi pada orang melayu? apa sudah jadi pada mereka yang bergelar 'terpelajar', yang bergelar 'ulamak', yang bergelar 'pemimpin'... Orang-orang kerdil yang tidak mengerti tentang permainan politik manusia-manusia ini...tersepit antara mahu percaya atau tidak, antara mahu menyokong atau menentang...semuanya kabur. Semuanya tidak ada matlamat yang jelas. Yang menjadi mangsa rakyat-rakyat seperti kita ini... Kalaulah mereka ini adalah hamba Allah yang bertanggungjawab, sudah pasti tidak ada istilah fitnah menfitnah sesama sendiri, tidak ada yang tergamak membuka aib dan pekung saudara sendiri...tidak ada yang sanggup berbuat dosa dan menyalahi perintah Ilahi sehingga menimbulkan syak wasangka di kalangan masyarakat yang begitu kuat mempertahankan cara hidup islam dan budaya kemelayuan. Kepada mereka yang sedang membuat dosa sama ada berzina, memfitnah, menikam saudara sesama islam dari belakang, hidup berpaksikan hawa nafsu dan telunjuk syaitan...kembalilah ke pangkal jalan. Jangan benarkan diri terus-terusan bergelumang dosa. Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat. Ingatlah kami mahukan pemimpin yang jujur, kami mahukan pemimpin yang ikhlas berjuang demi kemajuan anak bangsa dan negara, kami TIDAK mahu pemimpin yang berselindung di sebalik wajah dan penampilan alim ulama' dan menjadikan islam sebagai alasan untuk berkuasa tetapi dengan tidak rasa berdosa menjatuhkan orang lain dengan cara yang kotor lagi hina, kami tidak mahu pemimpin yang TIDAK punya sekelumit rasa berdosa tatkala memfitnah pihak lain semata-mata untuk menguasai kehidupan dunia yang sementara... kaya, miskin, berkuasa, melata.... jangan cipta jurang yang boleh menimbulkan perasaan kecewa...
Tolonglah tinggalkan medan 'keamanan' kami...kami percaya masih ada pemimpin yang benar-benar hebat dari kalangan kami rakyat biasa yang 'bodoh' tidak tahu berdebat, berdemonstrasi dan banyak tipu muslihat. Kami punya cara tersendiri untuk menentukan hidup kami!
Ya Allah, kau lahirkanlah di kalangan bangsaku ini pemimpin yang ikhlas memperjuangkan agama, bangsa dan negara, bukan manusia yang berpura-pura yang berwajah manis dibelakangnya durjana, bicara penuh kesopanan, tetapi hakikatnya maki hamun menjadi makanan...kau jauhkanlah manusia-manusia yang merasakan diri mereka hebat ini daripada menjadi pemimpin kami. Siapapun kamu, apapun parti kamu....hanya Allah yang Maha Mengetahui. Dia pasti akan memberi kalian balasan yang setimpal atas apa yang kalian lakukan. Hanya Allah sahaja yang maha melindungi, kembalilah kepadanya untuk perlindungan, kembalilah kepadanya untuk keampunan...
No comments:
Post a Comment