Aku bertuah...memang aku bertuah. Kadang kala aku rasa malu pada diriku kerana tidak menghargai kurniaan Allah ini. Kurniaan Allah yang sangat berharga ini. Yang tidak diperoleh semua yang bergelar isteri. Kadang-kadang aku rasa diriku ini lebih jahat dan lebih berdosa dari insan-insan yang pernah menyakitiku...yang pernah mengguriskan luka dalam hatiku. Mengapa aku jadi begitu??? Begitu sukar untuk aku melupakan kesilapan orang tersayang padaku, walau sudah banyak kali aku ingatkan diriku untuk belajar melupakan. Belajar menerima ketentuan Allah dengan redha. Belajar dari perubahan yang dibuktikan oleh orang tersayang...Aku masih lemas dalam prasangka, masih hanyut dengan kisah hitam semalam..sampai bila? sampai bila? Saban waktu aku bertanya soalan yang sama...Apa lagi yang aku mahukan. Tidak cukupkah kasih sayang yang aku peroleh? Tidak cukupkah kata-kata cinta, belaian manja, yang aku terima darinya setiap ketika? Aku tahu, tiada perasaan dendam, tiada perasaan benci, yang hadir dalam hatiku...cuma aku perlukan waktu untuk menolak jauh-jauh persoalan 'mengapa' 'mengapa' dan 'mengapa'. Seolah-olah kasih sayangnya, perubahannya masih belum cukup mengembalikan hidupku yang dahulu...Aku bertanya soalan yang sama pada diriku: Mengapa?
Itulah kesan setitik noda yang tercalit di atas lakaran kehidupan yang begitu indah ciptaan Ilahi buatku....Setitik noda yang merosakkan kecantikan keseluruhan cerita. Mengapakah setitik noda itu juga yang aku tumpukan....keluarkan aku dari kekalutan ini, tenangkan hatiku, bersihkan jiwaku...Aku sayang padanya... Aku sudah memaafkan semua..
No comments:
Post a Comment