July 30, 2012

Aku harus kuat

Bulan Julai semakin melabuhkan tirainya...seperti tahun lalu, bulan Julai tetap meninggalkan episod yang berbeza dalam perjalanan hidupku.... Episod suka dan duka yang betul-betul menguji diri. Dulu rumahtangga, kali ini di tempat kerja. Aku harus kuat melalui semua ini...Aku harus kuat!

Adakah aku seorang isteri yang terbaik untuk suamiku? Adakah aku seorang ibu yang terbaik untuk anak-anakku? Adakah aku seorang anak yang terbaik buat ibu dan mertuaku? Adakah aku seorang sahabat yang terbaik untuk mereka yang rapat denganku? Adakah aku seorang pekerja yang baik untuk organisasiku? Adakah aku seorang warga yang baik untuk tanahairku?

Adakah aku seorang hamba Allah yang baik dalam melalui liku-liku kehidupanku....Semoga Allah memimpin aku ke arah yang diredhaiNya. Semoga mereka yang berada di sisiku, yang mengenali aku, yang mendengar & melihat namaku...juga akan menyenangi dan menyayangi aku...Aku mohon kasih sayang dariMu, Ya Allah...kasihanilah dan sayangilah aku...wahai Allah yang Maha Pengasih lagi maha Penyayang....Amin

No comments:

Post a Comment