August 7, 2012

Dalam kesedihan aku gembira

Sahabatku, kali ini agak lama juga engkau menjauhkan diri dariku... Aku terima ia sebagai kesilapan aku. Mungkin aku bukan seorang sahabat yang baik. Aku tidak pandai menjaga hatimu, aku tidak pandai menjaga erti sebuah persahabatan. Atau mungkin sudah terlalu lama kita bersama, ibarat sebuah perkahwinan sampai masa perasaan 'beriya-iya' mungkin sudah bertukar menjadi hambar...Mungkin!

Namun ada kalanya aku lelah untuk menyembunyikan perasaan sebenarku atas perkara-perkara yang kau lakukan yang juga menyedihkan hatiku. Aku memang cuba mengelak daripada menunjukkan rasa tersinggung dengan kata-katamu yang kadang kala tidak mengambil kira perasaanku, namun aku akui barangkali itu juga adalah sikapku terhadapmu, aku juga tidak mengambil kira perasaanmu apa bila aku berbicara atau bertindak...dan kau juga hanya memendam rasa atas nama sebuah persahabatan.

Mungkinkah sudah sampai masa kita untuk berpijak di bumi nyata...kita harus atur jalan sendiri supaya lebih bebas melangkah ke mana-mana kita suka. Mungkin ini juga yang dinanti-nantikan oleh sebilangan rakan-rakan kita, untuk melihat kita tidak lagi mesra...Mungkin!

Sahabatku, biar apapun yang berlaku, engkau adalah anugerah Allah yang terbaik untukku. Engkau ada di saat aku memerlukan sokongan, di saat aku mahu berkongsi kegembiraan, di saat aku berduka dan diuji... Bila kita berYM pagi ini, bila engkau membalas status dalam wall aku...aku tahu perasaan kita sama. Cuma masa dan ketika belum tiba untuk kita bersama seperti sediakala. Aku sayang padamu sahabatku.

No comments:

Post a Comment