Aku dipanggil bos petang semalam. Permulaannya kami berbincang tentang kertas kerja yang akan dibentangkan pada mesyuarat minggu berikutnya. Selesai mesyuarat, bos bertanya kepada aku, apa isu fb? Oh! aku terkejut dengan soalan itu, tetapi aku tenang. Mengapa bos? Sudah sampai ke pengetahuan tuankah? Aku ceritakan apa yang mengundangku mengambil tindakan sedemikian. Asasnya pada ketika itu, aku sangat marah, kerjaku terganggu, banyak yang perlu dilakukan, terkejar-kejar aku dgn pegawai yang seorang lagi menguruskannya. Asasnya orang tak nampak kepentingan BPK. Bos kata, pengganti yang dipilihkan untukku adalah yang terbaik dari kalangan yang hadir temuduga.....but why we have to wait until 6 month (tak termasuk 1 bulan Syahid tender perletakan jawatan). Awal dulu aku dah minta seorang kontrak, tapi katanya susah nak keluarkan bila aku dah dapat yang tetap. Aku terima pandangan itu. Tapi sampai 6 bulan menunggu? Kalau pegawai baru itu beriya-iya nak kerja kat sini, pastinya dia juga perlu berbuat sesuatu....macam ada yang tak kena. Itu kata hatiku.
Aku akui fb bukan platform terbaik untuk melepaskan kemarahan. Aku tahu, ada perasaan yang tersinggung dengan komen2 yang tercatat di dalam status aku. Salah seorangnya ialah bffku. Well, yang tersurat sudah tentu tidak boleh ditarik balik melainkan di 'hide' dari 'timeline' untuk mematikan perbincangan. What about yang tersirat? adakah pihak yang mencetak dan membawa isu ini kepada bos melihat dari sudut pemula cerita atau dilihat dari sudut contentnya? Komen yang aku tuliskan adalah kecil dibanding dengan komen-komen besar dari pelbagai pihak yang pernah sampai ke telingaku. Ada perkara kita boleh share dgn bff, tapi ada perkara tidak sampai hati untuk aku sampaikan... Ikhlas aku katakan, tidak ada faedahnya untuk rasa offence dan defencive. Kajilah content, buatlah sesuatu...janganlah dihukum pada yang memberi komen, dan beri remark 'tak adil orang2 yg pernah berkhidmat di sini dulu mengutuk kami bila sudah keluar'....'kami pun banyak membetulkan isu lama...', 'siapa yang kerja kat sini baru tahu bagaimana keadaannya'. Kami di luar memang tidak tahu apa yang berlaku di tempat kalian, seperti mana kalian tidak tahu apa yang berlaku di tempat kami. So kajilah, jangan anggap kata2, komen yang dilemparkan sebagai persepsi nakal dan tidak berasas...it can be worth to find out why, rather than doing improvement without taking into consideration of other people's input. Look for punca masalah yang sebenar.
Anyway, sorrylah beb, as I've mentioned earlier, I wrote in the fb when I was angry with the system. Yang terasa tu, aku minta maaf. Seboleh mungkin aku tidak mahu involve dengan what ever you all are doing. You are the expert. You know the best....
Bos, Im sorry. Thanks for listening and accepting my apology.
No comments:
Post a Comment