July 27, 2012

Itu kata hatiku

Siapalah yang suka ditegur, lebih-lebih lagi apabila perkara yang ditegur dikongsi secara terbuka dalam fb. Malah, dengan menulis di dalam blog ini pun, pastinya akan sampai juga kepada pihak yang terlibat. Walaupun yang kita marah bukanlah individu, tetapi lebih kepada sistem...namun marah tetap marah. Cubit peha kiri, peha kanan terasa juga. Bukan mudah untuk menerima teguran. Aku akui itu. Aku juga akui tidak sewajarnya aku meluahkan kemarahanku di dalam fb. Aku berani tidak bertempat! Bertindak melulu tanpa memikirkan kesan ke atas tindakanku? AKu membawa malu kepada pihak tertentu? Aku tidak berlaku adil kepada mereka yang terlibat dengan apa yang aku luahkan itu? benarkah? Bagaimana pula keadilan diberikan kepada aku? Susah juga hendak berhadapan dengan serangan psikologi melalui sindiran yang tajam itu.... aku faham maksudnya. Aku bukan baru setahun hidup. Aku boleh baca apa yang tersirat dan tersurat. Tak perlu dikias sebegitu rupa, walaupun ada kebenarannya.

Dimanakah lagi tempat untuk kita mengadukan masalah kita? Siapa yang mahu mendengar? kenapa perlu sensitif, tergugatkah dengan persoalan-persoalan yang ditimbulkan? Salah akukah? atau perlu dikaji mengapa aku sampai tergamak meluahkan perasaanku di dalam fb. Aku seorangkah yang sudah lama memendam perasaan? Tahukah apa yang diperkatakan oleh orang luar selama ini? Terimalah teguran dengan hati terbuka, bukan dengan bermasam muka...aku bukan minta sesuatu untuk diriku, aku minta untuk pasukanku, tapi kalau sudah memang tidak memberi apa-apa kelebihan jika memberi keutamaan kepadaku...terserahlah. Emmmm.....

No comments:

Post a Comment