Hari raya kali ini agak berbeza suasananya dari tahun lalu. Aku melihat keriangan pada wajah abang. Abang telah sembuh sepenuhnya, itulah harapanku. Tahun lalu banyak kenangan yang menyedihkan terpaksa aku tempuhi semasa Ramadhan dan Syawal. Kepiluan yang benar-benar mencabar hati perempuanku. Pelbagai kisah duka terhidang untuk aku. Ikutkan hatiku memang tidak sanggup melalui semua itu. Namun, Allah menguji hambaNya sesuai dengan kudrat hambaNya itu. Biarpun pada saat diuji, rasa sakitnya ketika itu melebihi sakit kanser yang abang sedang tarungi, alhamdulillah berkat doa, berkat kesabaran dan ketabahan, musim duka itu akhirnya berlalu, tanpa perpisahan, tanpa kedukaan berpanjangan.
Hari raya tahun ini, semua sudah kembali seperti sedia kala. Abang semakin sihat, semakin menzahirkan kasoh sayangnya. Peluang kedua ini aku lalui dengan penuh bermakna dan aku bersyukur dengan keindahan yang aku lalui pada hari raya kali ini.
Aku mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada pembaca blog ini, kepada mereka yang mengenali aku, yang tidak pernah mengenali aku, yang pernah hadir dalam hidupku, dan hidup suamiku. Semoga kebahagiaan sentiasa mengiringi kehidupan kita semua.
Aku doakan kebahagiaan kita semua.
Yang paling happenning, tahun ini harijadi Eirfan jatuh pda 1 Syawal...apa lagi kami mengambil peluang meraikannya bersama sanak saudara di rumah adikku Ana. Terima kasih Ana.



No comments:
Post a Comment